Sudah sampai masa, PAS juga perlu ditewaskan

“Sekiranya saya betul, orang Jerman akan mengatakan saya orang Jerman dan orang Perancis akan mengatakan saya Yahudi; sekiranya saya salah, orang Jerman akan mengatakan saya Yahudi dan orang Perancis mengatakan saya orang Jerman” – Albert Einstein, 1922. Begitulah tafsiran yang sering kali dibuat andai anda meluahkan pendapat yang diterima oleh satu kelompok tetapi ditolak oleh […]

Edry Faizal: Reformis, Sekularis, atau Islamis?

Menemubual anak kelahiran Selangor ini sedikit mengingatkan saya kepada Ahmad Wahib, seorang kawan yang tidak pernah saya bersua temu, malah sudah tidak lagi wujud, selain helaian-helaian cacatan-cacatan pendek panjangnya tentang gejolak spiritual beliau untuk pergi lebih jauh bersama idea, organisasi, cita-cita dan cinta. Edry Faizal bin Eddy Yusof, 31, mengingatkan saya tentang Ahmad Wahib sekaligus […]

Pendidikan: Coup d’état politik emosi dan raksaksa birokrasi

SETIAP krisis politik pasti menuntut mangsanya. Lumrahnya, mereka yang berada pada pihak yang salah, sesudah habisnya percaturan kuasa akan terkorban. Demikian juga di Malaysia, kita berulang kali melihat ramai menteri dan pegawai berpangkat tinggi dibuang kerja, bersama dengan gerombolan pengikut dan aparat mereka, setiap kali krisis menyelubungi kepimpinan politik negara. Kesan kegoyahan politik biasanya paling […]

Anak Muda Generasi Bankrap C – Haris Zuan

Ramai sungguh manusia bankrap di negara ini. Malah Husin dalam Hantu Kak Limah 2 pun bankrap juga sebab masuk skim cepat kaya di Singapura. Yes Sekupang pun bankrap. Tapi ini bukan hanya dalam filem, tahun lepas sahaja (2012) sahaja, menurut Jabatan Insolvensi (jabatan yang menguruskan orang bankrap dan ada masalah hutang) terdapat 19,575 orang diisytiharkan muflis aka bankrap kerana kegagalan menguruskan hutang.

Ayam menang, kampung tergadai? Oleh: Uthaya Sankar SB

Keputusan HRP untuk bertanding menentang calon Pakatan Rakyat di lapan kerusi pada PRU-13 mungkin hanya membawa bencana lebih besar kepada kaum India yang konon mahu dibelanya. Penulsi berkongsi pandangan beberapa rakan.

Pahit manis 2011 – Oleh Fairuz Azhan

Lebih menakutkan lagi, jumlah dan kadar hutang negara juga meningkat. Hutang kerajaan pusat pada tahun 2006 ialah RM242 bilion, dan ia kian melonjak setiap tahun. Kini pada tahun 2011, jumlah hutang kerajaan pusat ialah RM456 bilion!

Seksualiti Merdeka itu hak asasi? – Oleh Muhammad Nazreen

Persoalan orientasi seksual – yang mana “Seksualiti Merdeka’ cuba menggambarkan bagaimana golongan LBGT dihina, ditekan, dipinggirkan, ditindas dan dibantai – telah digambarkan seperti ‘pesta seks bebas’ untuk memberi persepsi bahawa kebebasan dan tuntutan hak asasi tak ubah seperti jalan mudah mencabar agama dan adat.

Kesederhanaan kerajaan Pakatan Pulau Pinang – Oleh Amaluddin Zhafir

Kesederhanaan pendirian ini bukan bererti tidak yakin tetapi ianya adalah satu sifat yang sentiasa ditonjolkan oleh pemimpin utama DAP dengan konsep Jalan Tengah Malaysia, seperti apa yang diperkenalkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Konvensyen Kebangsaan DAP ke-15 pada Januari 2010.